1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

Monday, March 10, 2014

BOLEHKAN VITAMIN C MENYEBABKAN KEGUGURAN

0 comments

BOLEHKAN VITAMIN C MENYEBABKAN KEGUGURAN ?

Baru-baru ini terdapat satu isu yang mengaitkan antara vitamin C , kitaran haid dan keguguran. Ini menyebabkan ramai yang bertanya kepada saya.

Cerita ini dikongsikan dengan saya apabila apabila beliau mengambil pil vitamin berlebihan, ketika hamil dan secara kebetulan mengalami pendarahan haid.

Kemudian beliau segera mencari maklumat di Google dan menurut pemahamannya setelah membaca, vitamin C menyebabkan permulaan kitaran haid dan juga boleh bertindak sebagai penyebab keguguran secara semulajadi.

Pada masa penulisan ini , Google menerbitkan lebih 400,000 hasil carian apabila seorang menaipkan "vitamin C, abortion" dan kira-kira 45,000 hasil carian apabila menaip "asid askorbik, abortion"

Dakwaan pseudo- saintifik ini memberikan alasan bahawa vitamin C akan " meningkatkan tahap hormone estrogen ketika hamil serta menyebabkan keguguran” dan "asid" asid askorbik (vitamin C) yang bertindak untuk mengganggu lapisan dalam rahem (endometrium) secara langsung membawa kepada bermulanya haid atau menyebabkan keguguran secara langsung”.

Ini sebenarnya bertentang dengan kajian yang telah dibuat.

Dalam satu laporan Cochrane pada tahun 2005 yang mengesahkan “penggunaan pelbagai vitamin semasa sebelum kehamilan sebagai pencegahan keguguran dan insiden kematian semasa dalam rahim”.
“Vitamin supplementation for preventing miscarriage”. Rumbold A1, Middleton P, Crowther CA. Cochrane Database Syst Rev. 2005 Apr 18;(2):CD004073.

Dalam kajian yang lain menunjukkan tiada kaitan langsung Antara pengambilan vitamin C dan keguguran.
Rujuk: “Vitamins C and E in spontaneous abortion”. Int J Vitam Nutr Res. 1976;46(3):291-6.

Mana mungkin peningkatan tahap hormone estrogen akan menyebabkan kedatangan haid, kerana dari sudut biologi dan fisiologi, bahawa permulaan haid berlaku apabila terdapat penurunan tahap hormon (termasuk estrogen).

Selain itu, dari sudut fisiologi, sekali lagi pandangan yang menyatakan “mengambil sejumlah besar asid boleh mengubah keseimbangan pH pada lapisan endometrium dalam rahem dan menyebabkan kedatngan haid” adalah suatu yang agak keterlaluan. Risiko untuk berlaku hal itu hanya terlalu kecil.

Dalam satu kajian pada 2011 yang diterbitkan dalam American Journal of Obstetrik dan Ginekologi , 1.4 % daripada 9,493 wanita yang dikaji, dilaporkan menggunakan vitamin C atau produk herba untuk cuba untuk menamatkan kehamilan. Tetapi gagal.

Rujuk : “How commonly do US abortion patients report attempts to self-induce?” American Journal of Obstetrics & Gynecology. Volume 204, Issue 1 , Pages 23.e1-23.e4, January 2011

Jadi saya menasihatkan puan agar tidak mudah mempercayai segala apa yang ada di dalam internet. Periksalah kesahihan sesuatu perkara.

Sebagai kesimpulan penggunaan vitamin C adaah selamat, dan jika ia berlebihan dos ia kan diserap ke dalam darah dan dibuang melalui air kencing kerana sifat vitamin C yang mudah larut air.

Cuma sebelum mengambil apa-apa suplemen, berbincang dulu dengan doctor, untuk mendapatkan pandangan.

Berhati-hati adalah sikap orang yang bertaqwa.

Wallahu a’lam


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Dr Zubaidi Hj Ahmad
Read full post »

Sunday, February 23, 2014

Penjagaan Luka Bersalin

0 comments



:: Penjagaan Luka Bersalin ::

Selepas selesai kesukaran berjuang melahirkan bayi, kini mama perlu pula memberi perhatian kepada penjagaan diri dan bayi. Penjagaan diri selepas melahirkan bayi sudah tentu melibatkan luka selepas bersalin.

Tidak kira sama ada ibu melahirkan anak secara normal atau pembedahan Caesarean, ia memerlukan penjagaan rapi agar tidak berlaku jangkitan kuman yang boleh menyebabkan masalah lain.

Penjagaan luka bersalin normal

Jahitan episiotomi
· Jahitan yang dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum. Pastikan anda diberikan ubat antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka.

· Basuh bahagian perineum dengan air suam yang dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik semula jadi.

· Kawal pergerakan agar jahitan tidak terbuka. Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak lain.

Pembedahan Caesarean
· Ibu yang menjalani pembedahan perlu sentiasa berhati-hati dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman.

· Pastikan menjaga kebersihan dan menyapu ubat antiseptik di kawasan jahitan serta mengambil ubat penahan sakit.

· Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun daripada katil dan menyusukan anak ketika minggu pertama selepas bersalin.


www.panduansuamisteri.blogspot.com 
Read full post »
Powered by Blogger.